[VIDEO] Mayang Mall punya pasal, Kuala Terengganu jadi KL

1 month ago 46

PETALING JAYA – Pembukaan rasmi Mayang Mall di Terengganu pada 5 Disember disambut meriah oleh penduduk tempatan, dengan kehadiran ramai pengunjung sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di bandar raya itu.

Menerusi video yang tular di TikTok, jalan sekitar Mayang Mall dilihat sesak dengan kenderaan yang beratur panjang, menggambarkan keadaan seakan-akan kesibukan di ibu kota Kuala Lumpur.

Laluan sekitar pusat beli-belah itu, termasuk jalan menuju ke Drawbridge, sesak dengan deretan kenderaan sehingga pengunjung terpaksa menunggu berjam-jam untuk keluar dari kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kesesakan yang berlaku di sekitar pusat beli-belah tersebut selepas pembukaannya.

Selain itu turut tular video orang ramai bersesak dua jam di kawasan parkir kereta kerana tidak dapat keluar dari kawasan itu.

“Rela beramai-ramai, macam Mayang Mall itu buka sehari je,” tulis Kilat Senja.

“Nak buat macam mana. Netizen pantang dengar tempat baharu. Semua pakat pergi, macam tiada hari esok dah,” ujat Sapira Adira.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memuji semangat masyarakat Terengganu yang memberikan sokongan luar biasa terhadap pembukaan pusat beli-belah ini.

“Pada saya, bagus rakyat Terengganu ini sebab jenis penyokong nombor satu. Baru lah tak sendu pembukaan Mayang Mall,” kata Faizah1410. -KOSMO! ONLINE

@_cueyah_ Mayang mall punya pasal, Terengganu tak rileks, bro…. #mayangmall #terengganu #sogo ♬ original sound – SUKRI SULAIMAN
Read Entire Article
Pertanian | | | |