[VIDEO] Mahu ibu suapkan makanan, permintaan banduan akhir

1 day ago 5

PETALING JAYA – Mahu ibu menyuapkan makanan antara permintaan paling sedih daripada seorang banduan akhir sebelum menjalani hukuman gantung atas kesalahan yang telah dilakukan.

Kisah sedih itu diceritakan oleh Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Wanita Kajang, Aniza Mohtar menerusi program audio siar atau ‘podcast’ disiarkan pada satu laman YouTube dan TikTok.

“Sehari sebelum dia digantung, kita tanya apa yang dia nak. Tapi pegawai penjara tak boleh bercerita (berkenaan hukuman dan sebagainya) dengan dia.

“Kita tanya ‘apa yang kamu nak?’. Saat-saat terakhir juga, ustaz dan ustazah akan masuk sentiasa dengan dia, mendekatkan dia dengan agama. Walaupun lain-lain agama, ada juga penceramah akan masuk dekat dia.

“Dia nak mak dia suapkan dia, saya tak boleh nak kata (menahan sebak). Kita bagi dan dia nak jumpa bersemuka dengan keluarga, kita bagi. Itu permintaan terakhir dia, kita bagi,” katanya pada program tersebut.

Beliau berkata, bukan hanya banduan akhir, prospek lain yang menjalani hukuman di penjara juga diberi peluang bersemuka dengan keluarga sekiranya mereka menyuarakan permintaan itu.

“Bukan banduan akhir, tapi prospek lain pun dia menjalani hukuman lama. Prospek melebihi satu tahun untuk bersemuka dengan keluarga, kita bagi. Itu lah sedaya upaya yang kita boleh membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@mingguanwanita “Permintaan banduan akhir ini sebelum digantung ialah dia nak mak dia suapkan makanan sebelum digantung keesokkan harinya. Pihak penjara beri keizinan dan itulah saat paling sedih saya saksikan sepanjang menguruskan banduan di Penjara Wanita Kajang ini. “Biasanya bagi banduan lama, kita akan beri kebenaran bertemu ahli keluarga dengan syarat-syarat tertentu, tak hanya banduan akhir saja. “Bab makan pun sama, apa saja diminta mereka biasanya pihak penjara akan tunaikan. Tapi menu mereka lain dari banduan lain. Kalau ikan kena asingkan tulang, ayam pun sama. Pendek kata tak boleh ada sebarang kecederaan atau jadi asbab mendatangkan kecederaan pada prospek (banduan). Demikian kongsi Aniza Binti Mohtar yang juga Timbalan Penguasa Penjara, Penjara Wanita Kajang yang berkongsi pengalaman kerjaya. Ikuti lebih banyak pendedahan menarik bersama Puan Aniza di podcast Sembang Wanita Xtra yang akan bersiaran jam 8 malam ini di saluran YouTube dan Facebook Mingguan Wanita. #sembangwanita #podcast #penjarakajang #penjaraseumurhidup ♬ original sound – MingguanWanita
Read Entire Article
Pertanian | | | |