[VIDEO] Lelaki ‘selisih ajal’, trak pikap dirempuh treler terbabas

5 hours ago 1

GUA MUSANG – Seorang lelaki berselisih ajal selepas trak pikapnya yang diletakkan di tepi jalan dirempuh sebuah treler membawa muatan minuman berkarbonat di Kilometer 41, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 3, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lelaki yang memandu trak pikap jenis Toyota Hilux terselamat apabila sempat turun lebih awal daripada kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang menerima makluman berkenaan kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia 40 tahun memandu treler jenis Dong Feng sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kota Bharu.

“Semasa di lokasi kejadian, sebuah kenderaan secara tiba-tiba telah keluar dari simpang kanan jalan sehingga menyebabkan pemandu treler itu cuba mengelak ke bahu kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan treler itu merempuh bahagian belakang trak pikap jenis Toyota Hilux dan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di bahu kiri jalan sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, rempuhan itu mengakibatkan Toyota Hilux meluncur ke depan dan melanggar sebuah kedai makan yang berada di bahu jalan kiri jalan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – KOSMO! ONLINE

@jains405 Allahuakhbar#infokemalangan #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – JAIN’S
Read Entire Article
Pertanian | | | |