[VIDEO] Lelaki panjat bumbung teksi atas lebuh raya

2 days ago 10

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Persekutuan panik apabila memperlihat seorang lelaki dipercayai memanjat naik ke atas bumbung sebuah teksi semalam.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @zulfadhlulhadi, lelaki itu dilihat memakai baju pakaian pesakit sebuah hospital berhampiran ketika kejadian.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai bersimpati dengan lelaki tersebut, namun ada sesetengah pihak menganggap kelakuannya mungkin disebabkan oleh masalah tekanan mental.

“Aku hormat dengan anggota Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) ini. Mereka cukup handal dalam mengendali kes kecemasan dan mental. Kalau di Hospital Bahagia Ulu Kinta, mereka bagi arahan sahaja, pesakit mental terus patuh,” komen @yopbongsu.

“Pembantu perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) sangat bagus dalam mengendali situasi seperti dalam video itu, sangat baik dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,” balas @marwanialaei.

Dalam pada itu, beberapa orang awam yang dipercayai Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) menolong lelaki tersebut turun daripada bumbung kereta sewa tersebut. – KOSMO! ONLINE

@zulfadhlulhadi Kes bruno kena ban 🤟😔 #fyp #fypシ゚ #CapCut #bruno #alpha #kauniape #kautinggalsinike ♬ suara asli – r – pyaa
Read Entire Article
Pertanian | | | |