VIDEO] Lelaki mati ditembak lepas makan tengah hari

3 months ago 40
  • Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
  • 8 Januari 2025, 3:06 pm
ANGGOTA polis melakukan siasatan berikutan kes tembakan seorang pelanggan yang mati ditembak di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah, Johor Bahru hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui maut selepas ditembak seorang penunggang motosikal dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berada di luar restoran baru selesai makan tengah hari.

Tidak lama kemudian datang seorang lelaki menaiki sebuah motosikal berwarna merah melepaskan beberapa das tembak sebelum melarikan diri.

Mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |