[VIDEO] Lelaki kantoi rakam wanita secara senyap di kedai makan

3 weeks ago 22

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki merakam sekumpulan wanita secara senyap di sebuah kedai makan menerima padah apabila perbuatannya terbongkar.

Menerusi satu hantaran di TikTok milik @E.ndr4, insiden itu disedari apabila salah seorang rakan wanita tersebut menghampiri lelaki terbabit untuk bertanyakan sama ada dia merakam mereka.

“Dia geleng kepala dan kata tak ada, tapi saya dah rasa tak sedap hati, jadi saya teman sekali pergi tanya,” tulisnya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, pemeriksaan pada telefon bimbit lelaki itu mendapati dia sememangnya merakam video mereka, malah terdapat banyak rakaman lain melibatkan wanita berpakaian seksi.

“Dia kata cuma satu video, tapi sebenarnya banyak, sebab kami perhatikan dia dari awal lagi.

“Saya terus rampas telefon dia sebab risau dia padam atau hantar ke mana-mana,” katanya.

Menurutnya, mereka turut mengugut untuk membawa lelaki berkenaan ke balai polis yang terletak bersebelahan kedai makan tersebut.

“Dia minta maaf berkali-kali dan cuba lari tinggalkan telefon, tapi nasib baik ada abang baju hijau tolong tahan dan heret dia ke balai,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan berani wanita-wanita tersebut dan mengecam perlakuan tidak senonoh lelaki itu.

“Lepastu apa yang jadi? Kita yang tengok pun geram ek buat muka macam tu,” kata @Ssrhhamnii.

“Suka betul perempuan yang berani macam ni, harap semua perempuan berani kalau jadi benda sama,” kata @Kishishikuraa

“Apa mengenyam sangatlah jantan zaman sekarang. Aku lelaki juga tapi takde sampai macam ni, teruk sangat dah,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

@e.ndr4Girls pls be extra careful 😭 jijik geli semua ada.

♬ original sound – Ikan bilis mama

Read Entire Article
Pertanian | | | |