[VIDEO] Keranda tepi jalan peringatan buat mat rempit

17 hours ago 7

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan pemuda yang meletakkan sebuah keranda di tepi jalan raya untuk mengingatkan mat rempit agar jangan berlumba di tepi bahu jalan Batu 12, Sungai Burong mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh @arep743, kumpulan pemuda tersebut dilihat mengeluarkan sebuah keranda putih dari van jenazah dan meletakkannya di bahu jalan sebagai peringatan maut buat pelumba haram yang beraksi di kawasan berkenaan.

“Tengok siapa yang kena,” katanya.

Sekumpulan pemuda yang dipercayai kariah masjid kawasan berkenaan itu melakukannya sebagai satu bentuk sindiran buat anak-anak muda yang masih tegar melakukan aksi berbahaya tanpa memikirkan nyawa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan mereka yang dianggap sebagai satu bentuk dakwah yang mampu mengingatkan sesiapa sahaja yang melihatnya.

“Buat macam ini, budak terbantut nak berlumba. Beli lampu berkelip warna biru letak atas van putih dan parkir tepi jalan, mesti tak jadi berlumba,” kata pengguna Azahar.

“Kalau tak sedar juga tak tahu la nak cakap apa,” kata pula pengguna Ayie_tag30.

“Dah penat bebel. Cuba cara ini la ya, semoga semua jadi anak-anak soleh,” ujar pengguna Zendra.-KOSMO! ONLINE

@arep743 tgk sapa yg kena🤣#fypシ゚ #kuburkatamari #kontenhiburan ♬ bunyi asal – NOPAL
Read Entire Article
Pertanian | | | |