Tangkap layar beberapa video dikongsikan pengguna di media sosial, pagi ini.
- Oleh KOSMO!
- 19 April 2026, 9:39 am
PETALING JAYA – Tular di media sosial beberapa video dan gambar memaparkan kebakaran besar yang berlaku di Kampung Bahagia, Sandakan yang memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air, awal pagi tadi.
Kebakaran yang dipercayai berlaku pukul 1.30 pagi itu difahamkan sukar dipadamkan kerana faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang terlalu rapat menyebabkan api merebak dengan cepat.
Dalam video yang dimuat naik pengguna, kelihatan rakaman yang diambil dari atas helikopter menunjukkan api dilihat marak dengan sangat pantas sehingga menyelubungi sebahagian besar kawasan penempatan berkenaan.
Beberapa video lain turut memaparkan keadaan rumah setelah api berjaya dipadamkan yang kelihatan musnah sepenuhnya tanpa sebarang sisa tinggal.
Bagaimanapun sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada terdapat kecederaan atau kemalangan jiwa.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE
@haikal_suka_kata prayforsandakan minta tolong doa doanya gys #allahbersamakita #prayforsabah #sandakan #fyp #kebakaran ♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
3 hours ago
3














































