PETALING JAYA – Setiap kali tiba musim cuti, sempadan Malaysia-Thailand pasti menjadi tumpuan apabila orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk menyeberang ke negara jiran itu.
Menerusi video tular dimuat naik @Syieddy, kelihatan orang ramai sanggup beratur panjang bagi melepasi imigresen di sempadan Padang Besar-Thailand semalam, sempena cuti deepavali tahun ini.
Pengguna tersebut berkata, dirinya dan keluarga boleh dikatakan telah sampai awal di sempadan tersebut namun perlu beratur lebih satu jam kerana sesak dengan orang ramai yang ingin bercuti sama.
“Malaysia kalau cuti panjang, memang akan panjang jugalah rakyatnya beratur dekat sempadan nak masuk Thailand,” tulis pemilik video itu di kapsyen.
Difahamkan orang ramai mula masuk ke Thailand untuk mengambil peluang bercuti ke Hatyai bermula semalam.
Sementara itu, di video lain dimuat naik pengguna dikenali @Carugorental69, kesesakan juga dapat dilihat di sempadan Rantau Panjang, Sungai Golok apabila kenderaan berbaris untuk masuk ke Thailand, pada pagi semalam.
“Sempadan Rantau Panjang pagi ini (18 Oktober), sesak teruk dan berkabus. Janji sampai Hatyai,” tulis pemilik tersebut di video.
Di video lain dimuat naik seorang pengguna dikenali @Nrsyz_17, kelihatan kedai makan di Hatyai juga dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang ingin beratur membeli makanan dan minuman.
“Penangan cuti deepavali di Hatyai,” tulis pemilik video itu pendek di ruangan kapsyen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen rata-rata mendapati ramai yang tidak terkejut melihat situasi itu ekoran orang Malaysia sememangnya lebih gemar melancong ke Thailand berbanding negara sendiri.
“Nak buat macam mana, bercuti dalam Malaysia semuanya mahal belaka. Kita gerak Thailand lah, makanan sedap, tempat best, murah pun murah,” komen Qistina.
“Biasa orang Malaysia ni memang ‘fighter’. Beratur panjang mana pun tak kisah janji dapat pergi bercuti,” komen Hashim. – KOSMO! ONLINE
@azreenatiqah_ Penangan Deepavali 🥵🥵#hatyaithailand🇹🇭 #thailand🇹🇭 ♬ HELLO THAILAND – THREE MUSKETEERS