[VIDEO] ‘Bukan mengantuk, pemandu treler elak kereta keluar simpang’

18 hours ago 4
Situs Info News Tepat Non Stop

PETALING JAYA – Seorang pemandu treler yang melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam kejadian di Gua Musang, Kelantan semalam mendakwa mengelak sebuah kereta lain sebelum merempuh kenderaan terbabit.

Menurut komen isteri kepada pemandu tersebut melalui sebuah hantaran di Tiktok @M.naz.h6968, dia menyangkal tuduhan netizen yang mengatakan, sebab suaminya melanggar kenderaan tersebut adalah kerana mengantuk dan bermain telefon ketika memandu.

“Untuk pengetahuan semua, suami saya bukan mengantuk, main telefon atau sebagainya macam netizen cakap.

“Suami saya elak kereta keluar simpang, cuba bayangkan kalau dia tidak mengelak kemungkinan akan kena kereta Myvi itu, mesti lebih banyak kecaman yang suami saya dapat,” katanya.

Klip yang turut menunjukkan keadaan treler terbabit yang membawa muatan minuman bergas terbalik di lokasi kejadian selepas melanggar kenderaan tersebut.

Tambahnya, tindakan suaminya melanggar kenderaan pacuan empat roda tersebut adalah kerana ia mempunyai bahagian belakang yang besar, tidak seperti Myvi.

Terdahulu, susulan laporan oleh Kosmo! menerusi rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai, treler terbabit yang dilihat bergerak laju bagaimanapun telah merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang diparkir di sebelah kiri Myvi.

Kejadian yang berlaku di Gua Musang itu turut menunjukkan pemandu Hilux berkenaan sebelum kejadian berhenti untuk ke sebuah kedai, sempat lari masuk ke dalam kedai untuk menyelamatkan diri. – KOSMO! ONLINE

@m.naz101ujian adik di bulan ramadhan

♬ Astaghfirullah (Cover) – Anisa Rahman

Read Entire Article
Pertanian | | | |