[VIDEO] ‘Budak calar kasut kulit, cerminan ibu bapa’

5 hours ago 2

PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang mencalarkan sepasang kasut kulit di sebuah premis mengundang kemarahan ramai.

Menerusi perkongsian sebuah video televisyen litar tertutup (CCTV) itu memperlihatkan seorang kanak-kanak mencalarkan sepasang kasut di sebuah butik berjenama dipercayai di Pulau Pinang.

Menerusi video tersebut, pekerja butik itu dikenali @Syuhad4.j, berkata, perbuatan kanak-kanak itu telah menyusahkan pekerja apabila kasut itu terpaksa digilap semula untuk menghilangkan calar.

“Balik-balik pekerja juga salah sebab tidak pantau pelanggan,” tambahnya.

Sehingga kini video ini memperolehi sebanyak 916,700 ribu tontonan dan 11,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, sesetengah orang ramai menganggap tindakan budak tersebut hanyalah tindakan biasa dan normal.

Rata-rata komen, menimbulkan rasa marah terhadap ibu bapa kerana tidak mempedulikan tingkah laku anaknya yang nakal.

“Kelakuan budak tu adalah cerminan orang tuanya,” komen @Syafiqmotor.

“Besar macam ni dah tau baik buruk…dapat kat aku…eee,” komen @ROLLJXD. – KOSMO! ONLINE

@syuhad4.jCakar kasut kulit pakai kuku sampai bercalar balar kasut kita. Memang boleh polish dan akan hilang, tapi bukan senang kita nak pujuk customer untuk beli. Guys please aware dengan anak2 kecik walaupun budak ni tak kecik mana, kita still boleh tegur anak2 untuk behave. Sebab kita dalam shopping mall, barang yang kita jual bukan mainan untuk anak2 main. Kalau nak main, mungkin boleh pi dekat playground 😊 Kalau nak tengok “art” yang budak ni buat dekat kasut kami, boleh tengok story tt saya. Terima kasih.

♬ original sound – Nurul Syuhada

Read Entire Article
Pertanian | | | |