[VIDE] ‘Hebat dik, mengadu tandas sekolah rosak kat PMX terus!’

4 hours ago 1

PETALING JAYA – Tindakan berani dan spontan seorang kanak-kanak mengadu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentang tandas sekolahnya yang rosak di sebuah bazar Ramadan, baru-baru ini mengujakan orang ramai.

Anwar yang ketika itu mengadakan kunjungan di bazar Ramadan Kamunting, Perak terus memberikan respons untuk diambil tindakan segera ke atas aduan berkenaan.

“Dua rosak, dua boleh pakai? Sekolah Kebangsaan Long Jaafar? Pasal saya kena call (hubungi) Fadhlina (Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek) kejap lagi,” katanya.

Selain orang ramai, hantaran oleh pengguna @norsahida89 itu juga mendapat perhatian Fadhlina yang turut meninggalkan komen pada perkongsian video berkenaan.

“Okey PMX, dengar nama saya diseru!,” ujar Fadhlina.

Para netizen pula tidak putus-putus memuji tindakan kanak-kanak berkenaan kerana berani berhadapan dalam membantu menyuarakan masalah yang dihadapi pihak sekolah.

“Hebat dik, mengadu tandas sekolah rosak kat PMX terus!,” kata seorang netizen.

“Level kau lain dik. Orang lapor dekat cikgu kelas, kau lapor dekat PM terus!,” komen @KinHaris.

“Tersedak pengetua Sekolah Kebangsaan Long Jaafar,” seloroh @Amaludin. – KOSMO! ONLINE

@norsahida89 #pmx2025 #kemuntingtaiping #14 ♬ bunyi asal – norsahida89
Read Entire Article
Pertanian | | | |