Tular papan tanda tulisan Cina di Port Dickson

1 week ago 15
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 10 April 2025, 3:56 pm
Aduan yang diterima badan bukan kerajaan (NGO) berkenaan mengenai kewujudan papan tanda jalan dalam tulisan Cina di Kampung Sungai Nipah, Port Dicksoni. - IHSAN IDENTITI

PORT DICKSON – Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti) yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kesal apabila terdapat papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Kampung Sungai Nipah, di sini.

Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin berkata, dia terkejut apabila menerima aduan tersebut dan berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

“Buat masa ini yang saya tahu di Kampung Sungai Nipah sahaja yang ada terjemahan bahasa Mandarin. Namun, berapa lama ia berada di situ saya tak pasti. Apapun saya harap pihak PBT dapat bersikap tegas dalam isu ini.

“Jika tiada permit, papan tanda ini boleh diturunkan. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan perlu dijaga keistimewaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |