Trafik sesak, orang ramai pulun balik kampung sebelum raya

3 days ago 8
Portal Liputan Live 24 Jam Jitu Terbaru
  • Oleh KOSMO!
  • 30 Mac 2025, 9:53 am
Tangkap layar CCTV LLM menunjukkan aliran trafik yang tinggi di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan tinggi di beberapa lebuh raya utama ekoran pertambahan kenderaan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari esok.

Menerusi tinjauan di televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat pukul 9.15 pagi tadi, trafik dilaporkan perlahan dari arah timur iaitu di susur masuk Plaza Tol Gombak dan Genting Sempah ke Bentong.

Di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik dilaporkan perlahan arah utara iaitu dari Slim River ke Sungkai.

Bagaimanapun, trafik kelihatan lancar bagi arah selatan meskipun terdapat pertambahan kenderaan sejak awal pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |