PETALING JAYA – Sebagai seorang ibu, selebriti Neelofa kagum dengan kebolehan anak sulungnya, Muhammad Bilal dalam menghafal doa harian walaupun baru berusia tiga tahun.
Momen tersebut membuatkan Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, bagai ditampar sekali gus mendorongnya mula menghafal doa harian.
“Bila dua tahun, nampak impak (produk) Mommy Hana secara keseluruhan pada Bilal apabila dia semakin pandai baca doa-doa harian.
“Saya tak hafal doa masuk tandas tapi anak saya boleh baca. Satu tamparan hebat tau selepas itu saya hafal doa-doa harian.
“Kalau anak hafal, takkan aku mak tak hafal. Berkat momen itu saya mula hafal doa-doa harian dan amalkan sehingga hari ini,” katanya dalam TikTok.
Menceritakan lanjut, bekas pengacara MeleTop itu berkongsi momen indah dalam hidupnya apabila Bilal sambung bacaan zikir.
“Momen paling indah dalam hidup saya sebagai ibu bila pertama kali anak saya boleh sambung selawat. Melompat-lompat gembira.
“Ada satu hari saya suap dia makan dan selalu saya bacakan subhanallah walhamdulillah, dia sambung.
“Saya tergamam dan panggil Haris suruh dengan apa dia cakap. Kalau boleh rakam momen itu dan tengok balik pasti sentiasa menyentuh hati saya, rasa sejuk serta lapang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Neelofa mengakui buku audio sangat membantu pembelajaran al-Quran kepada anaknya.
“Ramai orang tanya saya macam mana saya buat dan ajar, soalan itu terlalu banyak. Bila fikir balik, saya dan Haris sama seperti di luar sana ajak solat dan baca surah sama-sama.
“Alat-alat atau buku-buku audio sangat membantu. Satu hari saya nampak, belum sampai setahun dengar bunyi berulang-ulang.
“Saya tengok dia sambil sandar dekat bantal, dia tekan surah pilihan. Itu detik pertama saya tahu dia jatuh cinta dengan al-Quran,” jelasnya.
Sebelum ini, kebijaksanaan Bilal meraih pujian ramai apabila membaca surah al-Fatihah walaupun baru berusia tiga tahun.
Selain Bilal, Neelofa dan pendakwah selebriti PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut dikurniakan seorang lagi putera iaitu Abdullah Abbas, 2. – KOSMO! ONLINE