SPRM buka beberapa fail baharu siasatan terhadap Ismail Sabri

3 hours ago 1

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka beberapa fail baharu berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan itu dilakukan berdasarkan maklumat dan hasil risikan terbaharu pihaknya dengan terdapat banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipersoalkan kepada Ismail Sabri.

Katanya, pihaknya menyiasat kes itu berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

“Jadi kita telah bukan sahaja membuka fail yang asal, yang berkaitan dengan isu keluarga Malaysia sahaja, tetapi berdasarkan daripada maklumat baru ataupun new list dan juga hasil pada risikan kita.

“Maka kita telah membuka beberapa fail lagi terhadap beliau yang mana ia berkaitan dengan harta-harta beliau termasuk telah diarahkan untuk mengisytiharkan hartanya. Itu satu perkara pertama,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau menerima watikah pelantikan sebagai Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) daripada Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

Azam menjelaskan bekas Perdana Menteri itu juga perlu menjawat mengenai isu-isu tomahan rasuah.

“Yang ketiga, berhubung dengan perjumpaan wang yang telah tunjukkan kepada tuan-tuan semua, yang ini perkara-perkara yang perlu kita siasat dan dia perlu jawab.

“Jadi tak tahulah apabila masa akan datang, sekiranya timbul isu-isu baru, saya memberi jaminan SPM akan terus menyiasat walaupun isu itu baru timbul,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Ismail Sabri akan terus dipanggil memberikan keterangan kepada agensi itu.

“Pada hari ini, dia telah diambil lagi sebahagian daripada rakaman percakapan beliau dan dia akan disambung rakaman percakapannya, saya tak pasti sama ada besok atau pun lusa.

“Setakat ini, hanya empat orang ditangkap sebelum ini yang disiasat bersama Ismail Sabri. Kalau ada tangkapan baru, saya akan kemaskini,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan SPRM menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa selain 16 kilogram (kg) jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta menerusi siasatan kes rasuah melibatkan bekas Perdana Menteri.

SPRM berkata, sitaan itu dibuat hasil penggeledahan di kediaman empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri yang ditahan selain tiga lokasi lain dipercayai sebagai ‘safehouse’. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |