Siapkan 500 ketupat palas sambut anak, cucu balik beraya

2 days ago 6
  • Oleh AIMUNI TUAN LAH
  • 30 Mac 2025, 12:01 pm
Nariyah menunjukkan sebahagian ketupat palas yang dibuat di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang ibu tunggal bersengkang mata menyiapkan sebanyak 500 ketupat palas untuk dihidang kepada anak, menantu dan cucunya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Nariyah Awang, 61, tidak pernah mengenal erti penat untuk menyediakan ketupat palas beberapa hari sebelum Aidilfitri kerana ia merupakan tradisi keluarganya untuk menyambut dan meraikan anak-anak pulang beraya.

Menurutnya, dia teruja untuk beraya kali ini apabila sudah membuat persiapan awal termasuk menyiapkan ketupat palas, biskut, memasang pelita dan lampu raya sejak seminggu lalu.

“Saya telah membuat enam kilogram ketupat palas atau kira-kira 500 biji secara sejuk beku untuk hidangan kepada keluarga dan jiran tetangga. Ketupat yang dihasilkan ini boleh dimakan terus selepas direbus,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Bandar Lama di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |