Shiera isi kekosongan segmen 3 Pagi Era, mula kerja Isnin depan

6 hours ago 3

PETALING JAYA – Rezeki tidak salah alamat, itu yang berlaku pada pelakon Sharifah Shahirah apabila bakal menggalas tugas sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.

Menerusi perkongsian Instagram Era FM hari ini, Shahirah Shahirah atau mesra disapa sebagai Shiera, 51, bakal bergandingan bersama Haziq Hussni dan Namie untuk mengisi kekosongan segmen 3 Pagi Era.

Gandingan mereka adalah bagi menggantikan sementara kekosongan penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang kini direhatkan selepas terpalit dengan kontroversi mempersenda sensitiviti agama sebelum ini.

“Dah sah ya semua! Shiera akan ke udara bersama Haziq dan Namie bermula Isnin ini.

“Sebutan legit betul, nombor telefon dah hafal, bos pun sudah luluskan.

“Fasal bayaran nanti kita bincang dengan bos, Shiera kata nak guna panggilan Deejay Rare nanti,” kongsi Era FM dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan tidak sabar untuk mendengar keletah Shiera sebagai penyampai radio.

“Harap Deejay Rare akan kekal di Era, bukan sekadar mengisi kekosongan sahaja.

“Shiera ke udara Isnin depan, memang aku akan dengar Era. Mantap!” komen netizen.

Ketika ini, segmen 3 Pagi Era kini dikendalikan oleh Namie dan Munabella.

Beberapa hari lalu, Shiera meninggalkan komen dengan menawarkan diri mengantikan tempat tiga penyampai segmen 3 Pagi Era.

Perkongsian tersebut tular dan mendapat respons ramai sehingga meminta Era FM mengambil Shiera sebagai penyampai radio segmen pagi.

Terdahulu, tiga penyampai radio segmen berkenaan terpalit dengan kontroversi berkaitan sebuah video tular memaparkan salah seorang daripada mereka menari yang dianggap mempersendakan agama lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |