Tangkap layar video menunjukkan pengantin lelaki sedang berjabat tangan dengan bapa pengantin perempuan. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 16 April 2026, 8:00 pm
JAKARTA – Sebuah majlis akad nikah di Indonesia bertukar lucu apabila bapa pengantin perempuan tersilap menikahkan pengantin lelaki dengan anak kambingnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @keuu0824 menunjukkan pengantin lelaki sedang berjabat tangan dengan bapa pengantin perempuan untuk melaksanakan proses ijab kabul.
Debaran bertukar suasana lucu apabila bapa pengantin perempuan tidak menyebut anaknya, sebaliknya seekor anak kambing.
“Saya nikahkan anda dengan anak kambing saya,” katanya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 15.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Mas kahwin 1 kilogram rumput,” kata seorang netizen.
“Bapa ikut sekali berdebar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

5 hours ago
2











































