Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga tercinta yang berada di Melaka dan Kuala Lumpur
Tidak dilupakan kepada seluruh rakan dan kenalan yang mengenali kami.
Semoga Syawal kali ini disambut dengan penuh kegembiraan dan kerahmatan.
Daripada : Mejar Isham, Ezza Najlaa, Nurul Izzah Imani, Nur Inara Zharifa dan Ilham Nufail
Lokasi : Marine Corps University, Quantico Virginia, Amerika Syarikat
Dari kejauhan kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga tercinta di tanah air.
Syawal kali ini mungkin berbeza tanpa kehangatan keluarga di sisi, tetapi semangat perayaan tetap di hati.
Doakan kejayaan kami di sini, insya-Allah suatu hari nanti kita akan berkumpul semula.
Salam rindu dari kejauhan daripada kami pelajar-pelajar pascasiswazah di Kyushu Institute of Technology (KYUTECH).
Daripada: Hasliza, Halimatun Aliyah, Baby Syayaan Adawi, Noor Syamila, Athirah, Ikmal dan Syafiq Razib
Lokasi: Jepun
Kami mewakili warga University of Leeds dan University of Manchester ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga dan sanak saudara kami yang berada di Malaysia.
Salam perantauan dan salam lebaran kepada semua yang mengenali kami.
Maaf zahir dan batin.
Daripada: Wan Zul, Zach, Zul, Amal, Elya dan Efa
Lokasi: Leeds dan Manchester, United Kingdom
Salam Syawal buat keluarga dan sahabat tercinta di tanah air.
Semoga Syawal kali ini membawa lebih makna buat kita semua.
Walaupun jauh di mata, tetapi tetap di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada: Nur Khaira dan Noor Roziana
Lokasi: Hungary