MELAKA – Polis mengesahkan kejadian seorang remaja perempuan cedera dipercayai akibat dilibas dengan objek tajam oleh individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Jalan Tangga Batu, Tanjung Kling, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa berusia 19 tahun yang bekerja sebagai operator kilang mengalami luka sepanjang kira-kira tujuh sentimeter di bahagian pinggang belakang.
“Pemeriksaan oleh doktor di Zon Kuning Hospital Melaka mendapati kecederaan tersebut bukan akibat tikaman, sebaliknya seperti dilibas dengan objek tajam berdasarkan koyakan pada pakaian serta kesan luka yang panjang.
“Mangsa yang berasal dari Tangkak, Johor baru tiga minggu bekerja di sebuah kilang di sini dan mendakwa tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan sesiapa atau mengenali individu yang disyaki terlibat kerana dia tidak mempunyai kenalan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa telah menunggang motosikal berkenaan bersama kakak iparnya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 9, Tangga Batu, sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang.
“Mangsa minta untuk berhenti di tepi jalan, pada masa sama kakak iparnya ternampak sebuah motosikal Yamaha LC V8 berwarna biru gelap dinaiki seorang lelaki memakai jaket dan topi keledar MS biru memecut laju dari arah belakang.
“Pasukan forensik telah mengambil dua sampel darah pada motosikal digunakan mangsa untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis Ujian asid deoksiribonukleik (DNA),” ujarnya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata tajam.
Beliau turut meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-2638 3960.-KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3

![[VIDEO] ‘Penamat terbaik mak cik blower, mak cik sapu’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-21.21.02.jpeg)

![[VIDEO] Mangsa korban pokok tumbang di Batang Kali staf Bonda Rozita](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-19.51.36.jpeg)













![[VIDEO] ‘Menitis air mata tengok kasut arwah Mustaqqeem’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-12.40.30-PM.jpeg)

























![[VIDEO] ‘Bawa unta dari Mekah, kalah semua orang’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-24-at-12.33.44-PM-250x141.jpeg)



![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)

