PETALING JAYA – Seorang pembantu pengurusan murid didakwa mengasari seorang pelajar autistik berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah dekat Kelana Jaya, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah terkesan semalam satu hantaran yang dimuat naik di TikTok memaparkan kejadian tersebut.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah membuka kertas siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.
Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mohon tampil ke balai berhampiran atau berhubung dengan bilik gerakan di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE