‘Merajuk kejap tak mengapa, kita manusia bukan robot’

4 hours ago 1

PETALING JAYA – Perkongsian aktres popular, Fasha Sandha dalam akaun Instagram yang meraikan Ramadan bersama keluarga bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai menarik perhatian ramai.

Turut kelihatan dalam foto dan video yang dikongsikan Fasha ialah Nora Danish dan ahli keluarga masing-masing.

“Menangis, sebak. Anak-anak kami sudah besar. Syukur walaupun pernah juga melalui pengalaman merajuk-merajuk manja sesama kami awal-awal dulu. Biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan.

“Tetapi satu yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni dan berkasih sayang. Mereka tidak pernah tahu tentang masalah kami sebab pada mereka kami adalah keluarga.
Jangan jadikan keretakan rumah tangga sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak. Bagi kasih sayang yang lebih kepada mereka.

“Merajuk sekejap tak apa la. Kita manusia punya hati dan perasaan, bukannya robot. Tetapi lepas hadam dan damai dengan takdir, bangun dan pandang ke hadapan. Insya-Allah pelangi datang selepas hujan,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Anak Mami The Movie itu lagi, dia sangat terharu kerana anak Nora iaitu Rayqal masih menganggapnya sebagai ibu.

“Masih ‘touching’ sebab Rayqal masih anggap ‘auntybu’ sebagai ‘mommy’ dia,” tulisnya.

Rayqal turut dilihat memeluk dan mencium Fasha dalam salah satu video yang dimuat naik.

Menjengah ke bahagian komen, ramai netizen yang tersentuh dan menangis melihat perkongsian Fasha.

“Sebak lihat Rayqal peluk ‘auntybu’ dia erat-erat,” komen netizen.

Fasha dan Nora kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Jejai dan melalui episod perang dingin selama beberapa tahun.

Namun kedua-dua mereka akhirnya memilih untuk bersama selepas masing-masing membina keluarga baharu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |