Tangkap layar video menunjukkan seorang pemandu lori tertidur sehingga menyebabkan jalan tidak bergerak. - Instagram
- Oleh KOSMO
- 30 Ogos 2026, 8:00 pm
JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan keadaan jalan raya yang sesak dan tidak bergerak selepas seorang pemandu lori tertidur di dalam kenderaannya kerana keletihan.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan seorang penunggang motosikal bersama rakannya mengetuk pintu lori.
Beberapa ketukan kuat menyebabkan pemandu terbabit terjaga dari tidurnya sebelum dia meneruskan perjalanan seperti biasa.
Rakaman itu mencatatkan lebih 59,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kalau letih, berhentikan kenderaan di tepi warung dan berehat,” kata seorang netizen.
“Ngantuk datang tanpa diundang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

1 day ago
18















































