Isteri Loe tunggu kebenaran masuk kawasan bencana Nepal

5 hours ago 6
Tangkap layar hantaran di Instagram Story Hani Othman.
  • Oleh KOSMO!
  • 1 September 2026, 10:43 am

PETALING JAYA – Isteri pegawai bomba yang masih hilang bersama lebih 50 rakyat Malaysia yang lain susulan bencana di Nepal kini menunggu kebenaran untuk memasuki kawasan bencana.

Menurut perkongsiannya di Instagram, Hani Othman berkata, dia berjaya mengumpulkan satu lori bantuan bekalan asas hasil sumbangan bersama orang ramai.

“Terima kasih yang turut bagi sumbangan, dapat satu lori. Sekarang hanya tunggu kelulusan dari pihak kerajaan Nepal untuk lepaskan aku ke tempat bencana untuk agih bantuan,” katanya.

Terdahulu, Hani yang merupakan isteri Pegawai Bomba Kanan II m, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa atau dikenali sebagai Loe berlepas ke Kathmandu bagi mendapatkan sendiri perkembangan mengenai operasi mencari suaminya yang gagal dihubungi.

Sebelum ini, Kementerian Luar berkata, sebanyak 55 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku pada 26 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |