Mendunia! Penyanyi Indonesia NIKI ‘tawan’ carta Spotify Global

1 day ago 7

PETALING JAYA – Usaha penyanyi Indonesia, NIKI membina nama di peringkat antarabangsa tidak sia-sia apabila berjaya membolosi carta Top 50 global Spotify menerusi lagu You’ll Be in My Heart kini di posisi nombor 20.

Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan pemilik nama sebenar Nicole Zefanya, 26, sebagai penyanyi Indonesia pertama yang tersenarai dalam kedudukan paling tinggi carta penstriman popular itu.

Pencapaian tersebut bukan hanya boleh jadi kebanggaan peribadi malah, menjadi bukti kuat bahawa muzik Asia Tenggara khususnya Indonesia mampu memiliki tempat di hati pendengar dunia.

You’ll Be in My Heart yang tular di media sosial dan menarik jutaan ‘streaming’, menjadi bukti bahawa kehebatan vokal dan emosi mampu menembus batas budaya serta bahasa.

Rata-rata peminat menyambut baik dengan berita tersebut dan berharap NIKI mampu mengembangkan lagi sayap ke peringkat seterusnya.

“Semoga NIKI boleh sebesar Rihanna yang juga datang dari negara kecil,” kata peminat.

“Sangat bangga dengan pencapaian NIKI sekarang. Saya pendengar nombor satu dia,” ujar pengikut.

“Selepas penyanyi wanita Indonesia pertama buat persembahan di Coachella, sekarang dia menempatkan diri dalam carta muzik tertinggi,” jelas peminat lain.

Lagu yang dilancarkan pada tahun 2022 tersebut merupakan ikonik karya Phil Collins yang dilancarkan pada 1999 sebagai soundtrack film animasi Disney Tarzan.

NIKI membawakan versi baharu melalui dan menambah sentuhan peribadi serta budaya Indonesia seperti bunyi gamelan.

Meskipun sudah dua tahun dilancarkan, lagu tersebut mula mendapat tempat selepas digunakan sebagai audio dalam TikTok.

Terdahulu, dua lagu penyanyi Indonesia iaitu Hati-Hati Di Jalan nyanyian Tulus dan Bernadya (Satu Bulan) turut tersenarai carta Top 50 Global Spotify. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |