‘Mayat adik tersandar dekat peti ais, berlumuran darah’

2 hours ago 1

SEBERANG PERAI – Abang mangsa bunuh menyifatkan kematian adik bongsu bersama anaknya adalah perbuatan yang sangat kejam kerana mayat kedua-duanya ditemui dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam semalam, Sariya Che Hin, 51 dan anaknya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim,11, ditemui mati disyaki dibunuh di dalam rumah sewanya di Kampung Sekolah Juru di sini.

Bismi, 60, berkata, dia dimaklumkam mengenai kejadian menimpa dua beranak itu melalui WhatsApp anak mangsa pada pukul 7 malam semalam.

“Saya terus ke rumah mereka dari Jeneri, Kedah malam tadi..Sebaik sampai, memang saya tak dibenarkan tengok mangsa cuma dapat lihat dari jauh.

“Saya nampak adik dalam keadaan tersandar pada peti ais dapur rumah dalam keadaan kepalanya sudah terkulai. Memang sangat mengerikan.

“Memang perbuatan (bunuh) ini sangat kejam, sedangkan binatang pun sayangkan anak,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya di sini, tadi.

Dalam pada itu, katanya, kali terakhir bertemu arwah adiknya pada majlis penikahan anak sulung mangsa awal tahun ini dan berhubung melalui WhatsApp pada Jun lalu.

“Kami adik beradik memang tak kenal rapat dengan suami baharu adik. Bila jumpa pun…dia tak banyak cakap.

“Adik merupakan bini kedua dan mereka berkahwin sejak lebih lima tahun lalu. Kami pun tidak tahu macam mana mereka kenal,” katanya adiknya tinggal bersama dua anak angkatnya di kediaman itu.

Katanya, mereka sekeluarga menuntutkan keadilan atas apa yang berlaku terhadap dua beranak itu.

Terdahulu, Kosmo! Online
melaporkan seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Kedua-dua mereka dipercayai ditemukan dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk hampir putus kepala dan terputus tangan. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |