‘Mana tahu ada takdir, mungkin kami boleh rujuk balik’

16 hours ago 6

KUALA LUMPUR – Reda bercerai talak satu, pelakon Edika Yusof tidak menolak kemungkinan boleh berlaku rujuk dengan Nor Hidayah Yusri dalam tempoh idah.

Begitupun, Edika berkata perkara tersenut bergantung kepada kemahuan isterinya yang buat masa ini enggan melayan sebarang pujukan.

“Siapa suka dengan perceraian, tapi sudah dua kali isteri saya failkan, jadi saya nampak sangat kesungguhan dia mahu berpisah. Mahkamah juga membenarkan kami berpisah dengan talak satu.

“Mana tahu kalau ada usaha dan takdir mungkin kami boleh rujuk balik. Saya tidak pernah ‘give up’ untuk menyelamatkan rumah tangga saya. Kalau ini boleh buat dia gembira, kita boleh terus menjadi kawan demi anak-anak dan demi agama kita, Islam. Itu sajalah.

“Saya selalu WhatsApp dia bertanya khabar tapi dia menjauhkan diri. Jadi saya cuba sebagai sahabat sebab sebagai seorang wanita sudah tiada kasih sayang lagi terhadap saya. Buat apa saya nak buang masa,” katanya selepas mahkamah membenarkan lafaz cerai.

Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu menerusi lafaz yang dibuat di Mahkamah Rendah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 10.42 pagi.

Edika, atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, melafazkan talak di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

Pada 24 Mac lalu, peguam syarie mewakili Nor Hidayah, Mohd. Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Edika pada pertengahan Februari lalu.

Menurut Mohd. Yazid, mahkamah menetapkan tarikh hari ini bagi lafaz cerai selepas prosiding itu ditangguhkan susulan wanita itu dalam keadaan tidak suci.

Menerusi hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Nor Hidayah bahagia dengan dua cahaya mata, Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.

Terdahulu, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila Edika didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |