Mohamed Khaled ketika sidang akhbar pada ADMM Ke-19 & ADMM Plus Ke-12, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON
- Oleh TEAM ASEAN ADMM
- 1 November 2025, 8:33 pm
KUALA LUMPUR – Malaysia sudah meletakkan penanda aras yang tinggi dalam kepengerusian Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 dan ADMM-Plus ke-12.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui ADMM Malaysia telah memperkenalkan pelbagai perkara baharu yang memerlukan ASEAN untuk bertindak.
Malah katanya, ASEAN juga tidak boleh kekal statik tetapi perlu sentiasa ke hadapan dengan membawa perkara yang relevan supaya menjadikan blok itu terus disegani.
“Paling utama adalah nilai ASEAN itu sendiri kerana tanpanya, kita tidak akan kekal seperti apa yang kita ada hari ini. Kita perlu mempunyai kesedaran mengenai pentingnya keamanan di rantau ini.
“Bayangkan sekiranya tiada ASEAN dan kita tidak tahu cabaran yang ada di masa hadapan, contohnya keadaan di Myanmar merebak ke luar sempadan, bagaimana kita mahu menyelesaikan semua perkara ini,”katanya pada sidang akhbar selepas majlis penutup ADMM-Plus di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

18 hours ago
8

![[VIDEO] ‘Masalahnya koko hari Rabu bukan hari Jumaat bang’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-02-at-2.32.34-PM.jpeg)















































