‘Macam masuk car wash, setiap stesen ada seksaan berbeza’

1 hour ago 2

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Kapal mengibaratkan pengalaman ditahan tentera Israel (IDF) seperti melalui pusat cucian kereta apabila setiap ‘stesen’ yang dilalui hadir dengan layanan dan seksaan berbeza.

Menerusi satu temu bual di sebuah stesen radio, CEO Kapal berkata, mereka dipaksa sujud di atas kapal dalam keadaan tangan diikat selain akan disepak sekiranya bergerak.

“Okey, saya boleh klasifikasikan sebagai kereta nak masuk ‘car wash’. Dia tarik kita, lepas tu dia suruh kita sujud dekat atas kapal dia.

“Tangan kat belakang, sujud lama. Kalau gerak dia sepak terus tangan kita,” katanya.

Menurutnya, tentera Israel turut menggunakan teknik tertentu ketika membawa tahanan sehingga menyebabkan tangan berasa sakit kerana dikunci di belakang badan.

“Dia angkat macam ini, seorang lagi pegang situ. Dia angkat, kau boleh nyanyi lagu ‘I Believe I Can Fly’,” katanya sambil menunjukkan semula teknik tersebut.

Dalam pada itu, CEO Kapal turut mendedahkan keadaan hidup yang serba terhad sepanjang tempoh tahanan termasuk akses tandas yang sangat minimum.

“Tiga hari saya rasa saya pergi sekali sahaja tandas. Itu pun buang air kecil sahaja,” ujarnya.

Menurutnya, mereka juga tidak diberikan kemudahan asas seperti air atau tisu untuk membasuh sepanjang berada dalam tahanan.

Tambahnya, tahanan hanya diberikan roti serta air kosong sebagai makanan harian bagi memastikan mereka terus bertahan.

“Makan roti dengan air kosong. Kalau korang tak nak buang air besar, makan roti dengan air kosong tiga hari pun tak keluar,” katanya.

Terdahulu, CEO Kapal yang menaiki kapal Iridescence telah ditahan tentera rejim Israel bersama-sama dengan aktivis lain semasa dalam misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |