Liga Super: Wan Rohaimi ‘salute’ prestasi Penang FC

6 hours ago 1

PENGENDALI Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail tetap memuji prestasi kesebelasan pemainnya meskipun kecundang 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Liga Super, di Stadium Bandaraya kelmarin.

Menurut Wan Rohaimi, usaha yang dipamerkan anak buahnya terutama barisan pemain muda dapat dilihat sehingga ke minit terakhir perlawanan bertemu dengan juara bertahan Liga Super itu.

“Pada permulaan nampak pemain saya mungkin gugup, mungkin terkejut, mungkin terlampau hormat kepada JDT dan mereka nampak goyang.

“Namun, selepas 25 minit, barulah nampak mereka sudah mula ‘settle down’ untuk berdepan dengan segala situasi dalam padang itu.

“Walaupun kita ketinggalan dengan dua gol set pieces, corner kick oleh pemain yang sama tetapi mereka (pemain) tidak hilang punca dan mereka berjuang habis-habisan hingga minit terakhir,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau memberitahu, kesungguhan pemain Penang FC saat berdepan kubu kuat pasukan lawan merupakan petanda positif buat mereka dalam mengharungi baki tiga lagi perlawanan.

“Itu membuatkan saya boleh beri pujianlah kepada pemain-pemain saya walaupun hari ini (semalam) kita kehilangan empat pemain utama.

“Pemain muda yang diberi tugas hari ini, bagi saya mereka ‘deliver’. Itu adalah petanda positif kepada Penang FC sendiri, dengan kembalinya pemain-pemain utama saya harap momentum pasukan akan pergi dengan lebih lagi, lebih sengat lagi di depan,” ujarnya lagi.

Wan Rohaimi berkata, sesi latihan yang diadakan termasuk perjumpaan empat mata menjadi antara ‘resipi’ keyakinan buat pemainnya lebih bersedia menghadapi perlawanan yang lebih besar seperti mana menentang pasukan JDT.

“Alhamdulillah, nampaknya membuahkan hasil. Haziq dengan Izzat memberi kepada saya sumbangan yang sangat puas hati. Dari segi energi, dari segi semangat juang kita nampak. Yang lain juga sama termasuk Akid dan Idrzuwan.

“Selepas ini kita akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan yang seterusnya bulan depan dan saya optimis bahawa kita akan pergi ke sana dengan matlamat untuk mendapatkan tiga mata penuh,” katanya.

“Saya boleh katakan kita pergi dengan matlamat untuk tiga mata penuh dan saya sudah tegaskan kepada pemain-pemain saya untuk tidak lagi membazirkan mata,” tambahnya.

Read Entire Article
Pertanian | | | |