LANGKAWI – Seorang lelaki tempatan hilang selepas didapati terjatuh daripada tembok pemecah ombak di perairan ini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa datang ke tembok penahan ombak di Chenang bagi melakukan aktiviti memancing.
“Mangsa jatuh dengan motosikal yang ditolak semasa hendak balik pada tengah malam tadi.
“Usaha pencarian diteruskan sehingga pukul 3 pagi tadi dan disambung semula pagi tadi,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE