Lebih 1,500 pengunjung meriahkan Rumah Terbuka Raya Mekdi – McDonald’s

1 week ago 11

KUALA LUMPUR – Program julung kali, Rumah Terbuka Raya Mekdi anjuran McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Pantai Sentral Park, di sini hari ini, berlangsung meriah.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, Melati Abdul Hai berkata, lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan program berkenaan, setakat petang tadi.

Beliau berkata, program yang berlangsung sehingga pukul 9 malam ini, dianjurkan sebagai penghargaan kepada komuniti setempat dan para pelanggannya.

Selain di Pantai Sentral Park katanya, terdapat empat lokasi lagi telah dipilih bagi penganjuran Rumah Terbuka Raya Mekdi yang seterusnya.

“Ia diikuti dengan McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur (12 April), McDonald’s Indera Mahkota, Pahang (18 April), McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).

“Para tetamu turut dihidangkan dengan 1,500 set McDonald’s Foldover Ayam secara percuma di setiap lokasi sebagai tanda penghargaan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pembukaan Rumah Terbuka Raya Mekdi, di sini hari ini.

Beliau berkata, para tetamu bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular, malah turut berpeluang membawa pulang hadiah percuma.

Pengunjung yang hadir ketika Rumah Terbuka Raya Mekdi di McDonald’s Pantai Sentral Park DT, hari ini. – Foto oleh MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI / KOSMO!

“Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Nabila Razali, Ara Johari dan MK K-Clique selain berpeluang menang baucar percuma apabila mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

“Kami sangat teruja dengan sambutan yang diberikan dan ini adalah cara terbaik serta menarik untuk diberikan semula kepada komuniti yang menyokong kami selama ini,” ujarnya.

McDonald’s Malaysia turut bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), untuk menjemput anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah bagi memeriahkan majlis rumah terbuka berkenaan.

Di McDonald’s Malaysia, program-program komuniti merupakan salah satu nilai teras dalam operasi syarikat, yang mana memberi kembali kepada masyarakat setempat adalah satu usaha yang berterusan.

Sepanjang Ramadan lalu, McDonald’s Malaysia turut menganjurkan program Kongsi Rezeki Ramadan yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan moreh, serta pengagihan Kotak Rezeki kepada golongan yang memerlukan.

Pelbagai komuniti di masjid, surau, universiti, dan kawasan lain turut mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Pemberian kopi percuma turut dilaksanakan di Pandu-Lalu, selain hidangan percuma pada hari pertama dan kedua Raya di semua cawangan McDonald’s di seluruh negara.

Pelanggan juga dapat menikmati tawaran istimewa melalui aplikasi McD dengan pelbagai promosi Raya, dan suasana perayaan turut dirasai di 26 restoran McDonald’s terpilih yang dihias dengan dekorasi Raya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |