KPM perkukuh usaha tangani isu murid tercicir

17 hours ago 8

PETALING JAYA – Lebih 100 peserta dari negara anggota ASEAN iaitu Mongolia, China, India serta rakan strategik antarabangsa telah menyertai Seminar ASEAN Out-of-School Children and Youth yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober lalu.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, anjuran program tersebut yang mendapat sokongan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia itu bertujuan memperkukuh komitmen negara dalam menangani cabaran sistemik dan kompleks yang dihadapi oleh kanak-kanak dan belia terpinggir di rantau ASEAN.

Katanya, bertemakan “From Margin to Center: Bridging Out-of-School Children and Youth (OOSCY) Intersectionalities through Innovative Solutions” seminar itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Program ini adalah tindakan susulan daripada persetujuan Langkawi Joint Statement yang merupakan hasil persidangan meja bulat antara Menteri Pendidikan ASEAN pada bulan Jun lalu.

“Antara tumpuan utama seminar adalah kepada strategi inovatif yang berasaskan data dan bukti untuk menangani isu kanak-kanak dan belia yang tidak bersekolah,” katanya di sini hari ini.

Katanya,turut diberikan penekanan adalah pengukuhan kerjasama dan integrasi teknologi canggih, khususnya kecerdasan buatan, untuk meningkatkan kualiti data dan menyokong program intervensi yang berimpak tinggi.

“Sementara itu, aktiviti Children’s Co-Lab dilaksanakan bagi memperkasakan suara dan pandangan murid.

“Sistem Pengesanan Murid KPM-SiPKPM turut dilancarkan untuk mengenal pasti laluan pembelajaran dan kerjaya yang diperibadikan bagi murid berisiko atau yang telah tercicir.

“Usaha itu sekali gus mengukuhkan komitmen negara terhadap strategi pengekalan dan pengintegrasian semula berasaskan data,” katanya.

Katanya, seminar ini menyerlahkan iltizam semua pihak untuk menangani isu keciciran murid dan memastikan peluang pendidikan yang berkualiti untuk semua.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |