Kontena jajan ‘tutup jalan’ sesak sejam dekat Rantau Abang

4 weeks ago 22
  • Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
  • 8 Januari 2025, 10:16 pm
Kontena membawa makanan ringan yang merentangi jalan setelah terlibat dalam kemalangan di KM 64, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampitan Kampung Rantau Abang, Dungun hari ini.

DUNGUN – Sebuah lori kontena membawa muatan makanan ringan merentangi jalan sehingga menyebabkan kesesakan hampir sejam setelah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan membawa kren di Kilometer 64 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rantau Abang di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 5.30 petang itu turut difahamkan meragut satu nyawa yang masih belum dikenalpasti identitinya.

Kesesakan teruk berlaku hampir satu kilometer akibat kemalangan dua kenderaan perdagangan terbabit.

Ia mulai pulih secara berperingkat mulai pukul 6.40 petang selepas kontena mengandungi makanan ringan tersebut berjaya dialihkan menggunakan jentolak.

Pasukan bomba dan penyelamat sedang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan di atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |