Khai Bahar tayang tubuh sado sebagai motivasi, bukan menunjuk

2 hours ago 1

KUALA LUMPUR – Penyanyi Khai Bahar menafikan dakwaan dia sengaja ingin menayang tubuh dalam media sosial sejak bergiat aktif bersenam di gimnasium.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharudddin, 31, niatnya berkongsi foto tubuh kekar adalah sekadar untuk memberi motivasi.

“Saya bukan nak acah-acah sado. Dulu saya pernah ke gimnasium. Tetapi setahun saya berehat selepas ibu saya meninggal dunia. Badan saya jadi susut.
Saya ingin memberi motivasi kepada orang lain jika kita fokus, pasti akan berhasil.

“Saya keluarkan modal upah jurulatih peribadi. Bila kita sudah keluarkan modal, kita perlu berikan komitmen.

“Apa yang saya kongsikan dalam media sosial adalah perkembangan saya langkah demi langkah dalam mencapai bentuk tubuh yang diinginkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Khai Bahar dan Anak-Anak Yatim, semalam.

Tambah pelantun lagu Bayang itu lagi, dia hanya berkongsi foto-fotonya di gimnasium dalam aplikasi X.

“Memang saya kongsinya perkembangan saya di gimnasium hanya dalam aplikasi X. Bukan niat saya nak belanja tubuh sado. Tolonglah jangan buat spekulasi yang mengundang orang lain untuk berkata negatif,” ujarnya.

“Apabila sering berkongsi foto di gimnasium bersama jurulatih peribadi, Khai juga tidak terlepas daripada fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Macam-macam orang fitnah saya. Kata YTJT (yang tahu jer tahu). Saya tak faham kenapa sampai macam tu sekali mereka nak fitnah saya. Di bulan Ramadan ni janganlah nak fitnah orang.

“Takkanlah ada jurulatih kecergasan pun jadi isu. Sebelum ini saya bersenam tanpa dipantau oleh jurulatih kecergasan. Saya main hentam sahaja. Bila ada jurulatih yang pantau, barulah kita tahu cara yang betul,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Khai bakal melancarkan lagu raya baharunya yang berjudul Gelagat Raya tidak lama lagi. KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |