KEMAMAN – Gara-gara terlalu mengikut amarah akibat berselisih faham sehingga melibas anak saudara perempuannya dengan mesin rumput hingga cedera, seorang pekerja kontrak pembersihan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman itu tersebut selepas tertuduh, Mohd. Hanafi Ngah, 43, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan dahi mangsa berusia 23 tahun dengan melibas wanita itu menggunakan mesin rumput di Kampung Teluk Kalong di sini pada pukul 4 petang, 22 Disember lalu.
Difahamkan anak saudara perempuan Mohd. Hanafi menerima 20 jahitan akibat dilibas dengan mesin rumput oleh tertuduh. – KOSMO! ONLINE