[KEMASKINI] Wanita jatuh bangunan pesakit mental

1 month ago 30
  • Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
  • 8 Februari 2025, 4:27 pm
Wanita yang ditemui maut terjatuh daripada Flat Blok A, PPR Kempas Permai, Johor Bahru merupakan pesakit mental.

JOHOR BAHRU – Wanita yang ditemui mati akibat terjatuh dari flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini pagi tadi dipercayai pesakit mental.

Menurut sumber, wanita berusia 20-an itu menaiki perkhidmatan e-hailing daripada Hospital Permai kira-kira pukul 10 pagi untuk pergi ke sebuah pasar raya di Kempas.

“Dia keluar ‘outing’ menuju ke @Mart Kempas sebelum datang ke sini (PPR). Dia pernah tinggal di PPR ini, rumah sakit jiwa ada sewakan dua rumah untuk pesakit di Blok A ini.

“Walaupun mangsa kini tinggal dan menerima rawatan hospital, barang-barang dan pakaiannya masih ada di rumah ini,” katanya kepada pemberita.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |