TAPAH – Dua beranak rentung dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 331.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan maut itu pada pukul 8.02 pagi.
“Siasatan awal mendapati lori membawa muatan pasir telah melanggar bahagian belakang sebuah lori kontena muatan span.
“Lori membawa span itu telah berhenti dilorong kecemasan susur masuk (R&R) Tapah,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu lori lelaki berumur 45 tahun dan kelindan iaitu seorang lelaki berumur 23 tahun tersebut telah maut di lokasi kejadian.
“Pemandu lori span iaitu lelaki berumur 43 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE