PENYERANG JDT, Ignacio Mendez diasak pertahanan KL City FC, Muhammad Syazwan Andik pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.
Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!
- Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
- 8 April 2026, 12:23 am
ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan dominasi apabila mengesahkan tempat ke pentas akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Kuala Lumpur City FC (KLFC) 4-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mara dengan agregat besar 8-1 sekali gus menghantar amaran awal kepada bakal lawan mereka di final nanti.
KLFC sekadar memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Gallifuoco pada minit ke-63.\
Ajdin Mujagic menutup pesta jaringan JDT dengan gol keempat pada minit ke-88 bagi melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Selatan yang kini hanya menunggu pemenang antara Selangor FC atau Kuching City FC di pentas final.-KOSMO! ONLINE

1 month ago
67












































