LONDON – Wolverhampton Wanderers bakal menjadi kelab pertama tersingkir dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 0-3 kepada Leeds United di Stadium Elland Road, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Wolves yang dikendalikan oleh Rob Edwards perlu meraih mata untuk menghidupkan sisa peluang bagi kekal dalam kempen EPL musim depan.
Namun, pasukan pelawat terpaksa akur apabila tuan rumah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk meraih tiga mata hasil jaringan James Justin, Noah Okafor dan Dominic Calvert-Lewin.
Keputusan tersebut menyaksikan Wolves kekal di tangga tercorot selepas meraih 17 mata ketika saingan berbaki 15 perlawanan.
Wolves bakal tersingkir secara rasmi andai Tottenham Hotspur atau West Ham berjaya melakar kemenangan pada aksi minggu ini.
Sementara itu, Newcastle United terus mempamerkan aksi longlai apabila tewas 1-2 kepada Bournemouth di laman sendiri.
Tavernier meraikan gol yang dilakukan ke atas Newcastle United, malam ini.Newcastle meraih gol menerusi William Osula manakala pasukan pelawat mendapat jaringan hasil penyudah Marcus Tavernier dan Adrien Truffert.
Satu lagi aksi EPL menyaksikan Brentford seri tanpa jaringan bertemu Fulham. – AGENSI

8 hours ago
3
















![[VIDEO] Pemuda Cina sebak tak perlu bayar kos baiki motosikal](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-17-at-11.04.59-PM.jpeg)





























