LONDON – Pasukan Chelsea gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 ketika bertemu pasukan Ipswich Town dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Pada aksi di Stamford Bridge itu, skuad The Blues dikejutkan dengan asakan awal tuan rumah yang berjaya meraih gol menerusi serangan balas yang disudahkan oleh Julio Enciso seawal minit ke-19.
Jaringan tersebut menaikkan semangat Ipswich untuk menggandakan serangan dengan Enciso kali ini berjaya melakukan umpanan tepat kepada Ben Johnson yang meledak gol kedua berselang 12 minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, Chelsea berjaya merapakan kedudukan menerusi gol sendiri selepas Axel Tuanzebe tertampan hantaran yang dilakukan oleh Noni Madueke pada minit ke-46.
Chelsea yang dikendalikan oleh Enzo Maresca memastikan pasukannya tidak pulang dengan tangan kosong apabila pemain gantian, Jadon Sancho menjaringkan gol penyamaan 10 minit sebelum wisel penamat ditiupkan.
Sementara itu, di Stadium Molineux, pasukan Wolverhampton berjaya melakar kemenangan bergaya 4-2 ke atas Tottenham Hotspur.

Gol-gol yang dilakukan oleh Wolves hadir menerusi penyudah Rayan Ait-Nouri, gol sendiri Djed Spence, Jorgen Strand Larsen dan Matheus Cunha manakala Spurs meraih gol saguhati hasil ledakan Mathys Tel dan Richarlison. – KOSMO! ONLINE