Gambar hiasan.
- Oleh NORLIA RAMLI
- 20 Oktober 2025, 9:13 pm
BALING – Empat remaja yang ditahan kerana disyaki terlibat kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sebuah sekolah di sini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Baling esok.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, empat remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun itu akan didakwa di mahkamah tersebut pada pukul 9 pagi.
“Kertas siasatan berhubung kes itu sudah lengkap dan pertuduhan terhadap empat remaja terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak,” katanya di sini hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar perempuan sejak Mei lalu.
Kejadian rogol didakwa berlaku di dalam kelas sekolah dan ladang kelapa sawit. – KOSMO! ONLINE

8 hours ago
3


![[VIDEO] ‘Penamat terbaik mak cik blower, mak cik sapu’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-21.21.02.jpeg)
![[VIDEO] Mangsa korban pokok tumbang di Batang Kali staf Bonda Rozita](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-19.51.36.jpeg)













![[VIDEO] ‘Menitis air mata tengok kasut arwah Mustaqqeem’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-20-at-12.40.30-PM.jpeg)

























![[VIDEO] ‘Bawa unta dari Mekah, kalah semua orang’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/WhatsApp-Image-2025-06-24-at-12.33.44-PM-250x141.jpeg)



![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)

