Dua kanak-kanak lemas di Tasik Menawan

2 hours ago 3

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas di dalam Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Rayyan Iskandar Mohamed Hafiziee, 9, dan rakannya, Muhammad Khalish Rayqarl Hasimibudi, 10, ditemui kira-kira pukul 2.28 pagi selepas hampir 12 jam mereka dilaporkan hilang.

Difahamkan, kedua-dua mangsa keluar bersama-sama pergi memancing di tasik berkenaan kira-kira pukul 2 petang semalam sebelum disedari tidak pulang ke rumah selepas waktu maghrib.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa digerakkan sebelum pasukan polis menemui selipar dan joran pancing berada di tebing tasik kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II, Syafie Md Don berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.44 malam.

Selipar dan joran milik kanak-kanak yang dilaporkan hilang ditemui pasukan SAR berada di tepi tebing Tasik Menawan, Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, semalam. Foto IHSAN PEMBACA

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat dua pasang selipar dipercayai milik kanak-kanak yang dilaporkan hilang.

“PKO melakukan pencarian menggunakan teknik pencarian atas permukaan air pada jarak 25 kaki di kawasan tasik sebelum diteruskanoleh Pasukan Unit Penyelam Di Air (PPDA).

“Mangsa ditemui berada di bawah batu pada kedalaman 10 kaki, kira-kira lima meter dari tebing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syafie berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasatan.

Operasi ditamatkan pada pukul 3.05 pagi sebelum PKO balik ke balai. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |