Dua beradik hilang dihanyut arus sungai Batang Mukah

5 hours ago 2
  • Oleh CHERINE JON
  • 18 Mac 2025, 8:31 pm
Operasi pencarian dilakukan di kawasan dua beradik yang dikhuatiri lemas ketika mandi di tepi sungai Batang Mukah.

MUKAH – Dua beradik dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di tepi sungai Batang Mukah, berhampiran Kampung Bedanga di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua anak lelaki dan perempuannya yang berusia 10 dan 7 tahun itu dihanyut arus sungai kira-kira pukul 3.50 petang.

“Ketika sedang mandi di tepi sungai Batang Mukah, tiba-tiba mereka tengelam dibawa arus kerana tidak pandai berenang.

“Ibu mereka cuba menyelamatkan mereka berdua namun gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah telah dikerahkan ke lokasi sejurus selepas menerima laporan pada pukul 4.23 petang. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |