Cuaca baik, tiada hujan dicerap pagi ini

4 weeks ago 19
  • Oleh KOSMO!
  • 15 Februari 2025, 9:47 am
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan cuaca baik dan tiada hujan dicerap hampir seluruh negara pada pagi ini.

MetMalaysia menerusi YouTube melaporkan, bagaimanapun hujan berlaku hanya di kawasan seperti Kuantan, Pahang, persisiran negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

“Keadaan hujan ini dijangka beransur reda lewat pagi nanti. Bagi lain-lain kawasan, tiada hujan dicerap pagi ini,” kataya hari ini.

MetMalaysia juga memaklumkan cuaca di Sabah dan Sarawak juga kelihatan baik melibatkan kebanyakan kawasan di kedua-dua negeri tersebut pada pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |