Christian Abad penjaga gol warisan Harimau Malaya?

3 hours ago 1

PENJAGA gol muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Christian Abad dikhabarkan menjadi pemain berdarah warisan terkini yang menyertai ‘revolusi’ skuad Harimau Malaya selepas muncul pada sesi latihan rasmi di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam malam tadi.

Abad yang merupakan pemain kelahiran Sepanyol berusia 19 tahun telah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun lalu dan memiliki pengalaman mewakili beberapa kelab akademi kelab di Sepanyol seperti Valencia, CD Alcoyano dan Elche CF.

Meskipun tiada pengesahan rasmi mengenai statusnya daripada kelab JDT atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Abad telah turun menjalani latihan bersama tiga lagi penjaga gol tempatan, Ahmad Syihan Hazmi, Kalamullah Al-Hafiz dan Haziq Nadzli.

Selain itu, kehadiran dua legenda bola sepak tanah air, Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Hairuddin Omar turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat setia Harimau Malaya.

Difahamkan, Aidil Zafuan diberi peranan untuk membantu dan diserapkan dalam barisan kejurulatihan yang diketuai Peter Cklamovski manakala Hairuddin pula menjadi penolong jurulatih kepada Nafuzi Zain yang membimbing skuad B-23 negara.

Aidil (kanan) turun menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya kali ini. – Foto ihsan Malaysia NT

Skuad kebangsan telah berkampung di Johor Bahru bermula semalam untuk menjalani kem latihan pusat selama lapan hari sebelum mengharungi aksi pembukaan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |