Berubah dengan niat yang betul, jangan guna agama – Nedim

8 hours ago 4

PETALING JAYA – Bekas suami pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz atau Bossned mencetuskan persoalan netizen di gelangggang media sosial apabila memuat naik perkongsian berbaur ketidakpuasan hati terhadap individu yang didakwa mengenepikan anak.

Menurut Bossned, dia tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang cuba mengganggu anaknya selain sanggup melakukan apa sahaja untuk atas tujuan perlindungan.

“Jangan main (tentang) dengan anak saya, kalau mainkan dia, saya bantai sampai kurus.

“Saya tak akan ‘bantai’ kalau saya rasa anak tak diketepikan. Kalau nak cuba marilah hantar ke sini, kita lawan. Anak saya adalah segala-segalanya,” katanya menerusi Threads.

Katanya, dia sanggup menelan pahit pelbagai perkara negatif yang diperkatakan orang ramai terhadapnya namun jangan sesekali disentuh darah dagingnya.

“Jangan uji kasih sayang seorang lelaki terhadap keluarganya. Orang boleh cakap apa sahaja tentang saya tetapi apabila mengenai anak, saya juga akan bertindak seperti ibu bapa lain.

“Kalau rasa tidak berpuas hati, boleh bawa ke mahkamah, banyak perkara yang saya ingin katakan,” ujarnya.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mengagumi mana-mana individu secara melampau selain memberi amaran agar tidak ‘mengusik’ hal berkaitan keluarganya.

“Ingat, jangan ‘up’ melampau manusia tetapi itu yang kalian akan kena kalau cari fasal dengan anak saya.

“Sasaran saya terhadap seseorang tidak pernah tersasar dan mereka tahu mengenainya,” katanya lagi.

Bossned juga mengundang respons ramai apabila dia turut memerli individu dipercayai wanita bertudung dalam hantaran berbeza selain menggelarnya sebagai penipu.

“Jangan percaya kalau orang pakai tudung, bukan semua ya! Memang penipu.

“Saya seorang yang jauh daripada alim, semoga contoh saya solat sedikit ini boleh menunjukkan kepada anak yang saya sedang mencuba!

“Tapi jangan jadi yang konon solat ‘gila babi’ setiap hari, sekali bawa lelaki balik.

“Berubah dengan niat yang betul! Jangan guna agama,” kongsinya yang turut memaklumkan anaknya kini selamat berada di bawah jagaannya.

Dia bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama atau memberi bayangan identiti individu yang menjadi sasarannya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |