Bella luar biasa, masak semua juadah rumah terbuka Syed Saddiq

1 day ago 7

PETALING JAYA – Bangun seawal subuh dan bersilat di dapur demi yang teristimewa, penyanyi dan pelakon Bella Astillah dilambung pujian apabila sanggup menyediakan sendiri hidangan rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Ujar Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, Bella menyediakan hampir kesemua juadah menggunakan air tangannya sendiri termasuk sambal udang, ayam masak merah, makaroni, sayur campur dan beberapa hidangan lain.

“Bella yang masak dari awal pagi, semua hidangan dia buat sendiri dari A sampai Z. Saya dan Jack (pembantu) hanya tukang makan.

“Saya dah cadangkan untuk ambil katering, tapi Bella tetap nak masak.

“Pagi itu saya keluar joging, balik-balik dia masih di dapur. Itulah dia, wanita luar biasa Bella,” katanya dalam TikTok.

Lebih mengagumkan, Saddiq mendedahkan selepas selesai rumah terbuka, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu terus bergegas ke set penggambaran tanpa mengeluh penat.

“Tak cukup dengan rajin, Bella ni ‘multitasking’. Habis masak, terus kerja pula,” dedahnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap rajin dan berdikari ibu dua anak itu.

“Wanita idaman ramai lelaki, bukan sekadar cantik tapi pandai ambil hati,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Susah nak jumpa artis sanggup masak sendiri macam ni. Respect Bella!” komen seorang lagi.

“Dari dapur terus ke set, salute dengan semangat dia,” ujar seorang netizen.

Fenomena gandingan Bella Astillah-Syed Saddiq sehingga disebut sebagai BASS masih lagi menjadi perbualan ramai dalam media sosial termasuk sehingga ke Korea Selatan.

Biarpun tidak memberi jawapan pasti atau mengesahkan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular itu memberikan restu andai gosip membabitkan mereka benar. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |