
- Oleh AMIR HAIKAL KAMARUDIN
- 19 Oktober 2025, 7:02 pm
PETALING JAYA – Seorang bekas kakitangan sebuah badan berkanun direman selama empat hari berhubung kes rasuah bagi kegiatan menyeleweng dana zakat berjumlah RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
Perintah reman sehingga 22 Oktober itu dibenarkan oleh Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini pagi tadi.
Menurut sumber, wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah RM2,500 pada Mac lalu. Wang itu dipercayai dimasukkan ke dalam akaun bank syarikatnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes memberitahu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- KOSMO! ONLINE